Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Saturday, October 6, 2012

Fesyen Muslimah Terkini?


Mari jadi beriman dan beramal soleh sekejap. Sekejap saja sebab tahu dah lepas ni rasa macam nak mencarut. Kahkah.

Well, aku google la "fesyen muslimah terkini" dan bila pilih images tu, dia keluar benda ni. Muka2 melayu semua maybe sebab guna perkataan dalam bahasa melayu dia pun keluar result dari Malaysia lah. Haa elok. Bertambah keinginan aku nak mencarut dalam bahasa Melayu juga. 

Cuba tengok ni.

A: Ringkas tapi tak sesuai. Seluar tu bagi lebar sikit. Tudung tu pulak tak boleh lepas ke bawah ke?
B : Yang pasti bukan pengantin aku.
C : Kalau dah jubah kenapa kaki tu semacam ja bentuknya?
D : Tak ranggi mana pun dan aurat tak tutup sempurna.
Tudung tu aku tak peduli sangat... baju tu.. macam tak boleh nak ketat lagi.
Dan kemuncak carutan ialah benda ini. Silalah lihat. Mungkin aku saja kot yang rasa nak maki walaupun orang lain mungkin masih mampu bertenang. Kahkah alah maki di blog saja apalah sangat.

-Baiklah mari memaki. Sila mencarut tapi dalam hati sajalah-

-Tarik nafas... hembus...-

Perempuan2 sekalian, kalau dah rasa diri tu buruk, maka jangan sesekali memilih fesyen untuk mencantikkan diri. Kalau dah sedar muka tu ada lompang, jangan cari mekap untuk tampung kelompangan itu.

Nasiblah kalau nak rasa rupa tu tak cantik. Aku pun selalu ja rasa diri ni serba kekurangan tapi tak adalah aku nak pakai segala apa yang ada dalam majalah fesyen2 bertarikh mutakhir untuk menambahkan rasa rendah diri dan kekurangan diri. Hidup macam biasa sudah.

Dulu aku kenal satu ja baju muslimah. Baju yang labuh tutup bontot, lepas tu corak2 printed dekat bahagian penjuru bawah kanan atau kiri baju. Barulah kalau pakai tudung corak tu still nampak. Ya itulah baju muslimah.

Fesyen muslimah sekarang ni? Macam haram. Apa kejadah fesyen muslimah kalau benda yang nabi tak bagi itulah yang nak difesyenkan?

Aku ni lelaki jadi buat apalah nak concern sangat pasal muslimah2 punya fesyen ni kan. Memang aku tak kisah pun. Tapi kalau Maria Elena buat video hijab tutorial tu aku hentam tengok jugak. Minat punya pasal. Tapi bila tengok2 balik apa fesyen muslimah yang ada sekarang, memang sungguh annoying.

Cuba tengok Moslema in Style ni. Moslema tu muslimah lah kan? Ke aku silap? Kalau dah moslema tu maksudnya dia nak share fesyen yang Allah redha la kan?

Cuba la buka. Tengok2 website tu. Nilai2kan sikit. Manusia ni tak layak menilai tapi tak apalah sekali sekala. Tengok dan compare dengan ilmu yang kamu sedia ada. Moslema kan style itu? 

Believe it or not, sebenarnya "fesyen muslimah terkini" itu hanyalah meraban semata2. Muslimah2 sebenarnya ada fesyen yang lagi best. Fesyen yang bukan terkini bahkan fesyen sepanjang zaman! Haa siap dah ada tanda seru betapa terujanya aku nak sampaikan mesej ini.

Aku tak pandai korek dalil jadi aku share benda simple yang semua orang familiar lah. Kalau ragu2 sila tanya ustaz. Insya Allah aku share benda yang rasanya semua orang sedia maklum.

Fesyen muslimah sebenarnya dah diperkenalkan konsepnya sejak dulu lagi. Dalam Alquran ada sebut labuhkan tudung ke dada, nabi dah pesan jangan pakai pakaian yang ketat menampakkan bentuk tubuh, pernah nabi berkata kepada Asma pasal yang perempuan tak boleh dilihat kecuali ini saja sambil buat isyarat muka dan tapak tangan. Ada kan? Familiar kan?

Itulah fesyen muslimah. Fesyen yang bukan dibuat oleh nama apa yang dalam link aku mula2 tadi tu? Aku pun tak baca. Menyampah tak hengat. Macam Lady Gaga pakai tudung. Muslimah ke?

Orang perempuan dah sedia cantik. Pakailah baju2 yang cantik. Tapi jagalah adab2 fesyen muslimah yang agama dah ajar. Buat apa nak ikut trend terkini kalau kamu ada trend sepanjang zaman? Trend pakaian yang digariskan oleh nabi? Yang diinspirasikan oleh Allah? Yang sepatutnya menjadi trend sampai kiamat?

Sebenarnya nak pakai apa pun pakailah. Nak bergaya dengan jaket? Haa pakai. Nak lilit kepala dengan shawl kaler pelangi? Haa lilit. Cuma apa yang asas tu jagalah. And believe me. Tak payah pakai mekap kalau nak nampak muda. Tak payah baju bling2 kalau nak nampak cantik. Sudahnya tarik perhatian lelaki juga. Tapi lelaki jenis mana? Bila ada Islam nak jaga...

Tapi, last2 muslimah pilih nak pakai macam barat juga. Nak ketat2 juga. Nak pakai bagi nampak pinggang juga. Nak mekap tembok besar China juga. Nak tumit tinggi juga. Tumit tinggi kalau kain labuh elok tak apa juga tapi tumit tinggi pair dengan seluar ketat bagi nampak bentuk kaki. Stokin pulak tak pakai apa jadah pakai stokin dengan heels. Elok lah elok.

Tu belum kira lagi yang memang jenis tak mahu pakai tudung, tunggu tua nak mati baru mau taubat kot? Kenapa eh? Kenapa?

Nah meme aku buat sendiri. Rasanya dah banyak orang buat tapi tak apalah. Sila share kalau rasa bermanfaat.

Ok. Munginlah peragaan fesyen muslimah2 yang ada ciri2 Lady Gaga pakai tudung ni tujuannya untuk tampak cantik di mata suami ke apa kan. Baguslah itu tujuan murni. Cuma kalau betul2 nak murni, ajar cara pakai yang selamat dulu biar semua ikut baru masuk bab2 fesyen untuk suami.

Ini tidak. Nak berfesyen sambil bergaya sambil menutup aurat konon. Last2 tutup aurat jugak yang compromised. Ketat habis baju jadinya. Singkat habis tudung jadinya. Nanti aku tulis pasal tudung singkat pulak oktengsbai

*copy dari blog aku saja pun*

Wednesday, July 18, 2012

Things Couldn't be Better

The blog is long forgotten. Such a pity. Hahaha for those who attended GEGAR SBPIKP so I thought, please update here. I know Kimi already posted the pictures on facebook, and Faiz wrote some about it here but then, knowing the stuff is all bout us, the previous precious stuff, I am just wanting more. @.@

First of all, please know that I am humbly wish to congratulate all of you who made the program a success. Honestly, I was so eager to join but even if I did, none of me would do as good as you guys.

Yeah. Looking at the current 'you', everything seems so magnificent. Things changed. People changed. For the better. Alhamdulillah.

Leaving me still here, unchanged so I thought.

I feel so small watching all of you. The progress you made. The maturity, the ability, and the capability of managing, everything seems so perfect.

As for myself, stuck here without nothing. Sad.

And the saddest part is to watch the captured moments. I wish to be in those moments too. Although I may not be a helpful hands or even worse, a nuisance. Haha.

Beautiful. All of you are beautiful. This hollow hearts miss all of you. Time, you can be quite cruel.

*English teachers to be, if you ever read this, please don't laugh. Haha.

Friday, November 25, 2011

Betulke jadi pompuan lagi leceh dari jadi lelaki??? hmmm

Assalamualaikum, pernah tak ade kwan2 korang (pompuan) yang mengeluh Islam ni x adil terhadap kaum wanita macam "laki xyah pakai tudung, pompuan kene plak" atau " pompuan wajib taat suami, tapi suami xde suruhan yang suruh taat isteri", kalo ade, info ni amat berguna untuk menjawab segala benda alah tuh...ni pun aku jumpe kat blog sape ntah juz nak share :), renung2kan dan selamat beramal...


Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B: 
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,dialah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. 

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...