Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.
Showing posts with label Muiz. Show all posts
Showing posts with label Muiz. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Cinta...



Apabila kamu mencintai seorang wanita dan meluahkan perasaan ikhlas kamu kepadanya tetapi ditolak, maka bersedih lah kamu kerana kamu telah kehilangan seorang wanita yang pernah kamu cintai, pada masa yang sama bergembiralah kerana kamu berpeluang mencari wanita lain yang lebih baik, dan kamu berpeluang untuk jatuh cinta sekali lagi dengan lebih professional.

Jauhi perempuan yang banyak dicintai oleh lelaki kerana kecantikannya, perempuan yang "mesra-mesra" dengan lelaki. Ada sebuah syair tentangnya.

واترك حبها من غير بغض *** وذاك لكثرة الشركاء فيه
واذا وقع الذباب على طعام *** رفعت يدي و نفسي تشتهيه
وتجتنب الأسد ورود الماء *** اذا رأت الكلاب ولغن فيه

Dan aku meninggalkan kecintaan kepadanya tanpa rasa marah ++
Dan ini kerana banyaknya lelaki2 yang mencampuri didalam cinta itu.

Dan apabila lalat itu telah hinggap pada sesuatu makanan ++
Maka aku mengangkat tanganku dan menahan diriku daripada menjamahnya.

Dan singa-singa itu menjauhi lopak-lopak air ++
Apabila ia telah melihat anjing2 yang telah menjilat-jilat di dalamnya(lopak air).

Perempuan jadi yang terbaik. Biar sombong dan jual mahal, kerana sifat perempuan itu baik baginya, tetapi buruk bagi lelaki.

Lelaki pilih perempuan yang tersimpan seperti mutiara, bukan perempuan yang indah tetapi hanya kaca.

Monday, May 16, 2011

Jejak Kaseh FB

Entah angin pawana apa datang, aku taktau, aku teringat nak cari semula kawan- kawan aku masa aku sekolah rendah. Sekolah rendah masa aku darjah tiga dan empat. Iaitu lah di SK Seri Manjung, Perak.

Maka aku mulakanlah pencarian aku. Susah jugaklah. Dah lebih 10 tahun lost contact kan. Secara tak sengaja tengok profil fb seorang unimate USIM, dia sekolah dalam daerah manjung. Lalu aku pun check lah dalam fren list seorang- seorang yang beratus- ratus cecah ribu.

Kehebatan Fb, kawan lost contact lebih sepuluh tahun pun boleh jumpa semula.

Aku pun start add nama- nama yang aku separuh ingat - separuh tak ingat. Ingat- ingat lupa orang kata. Aku terjumpa antara nama yang aku ingat : Ashraff, Syed Daniel, Fauziah, Wan nur fatihah dll. Aku tak ingat pun. Tapi depa ni aku anggap best fren aku masa sekolah dulu. Ada lagi nama- nama best fren aku dulu, macam Haziq, amirul dll. Tapi aku maseh belum jumpa fb depa.

Kalau depa baca entry ni, email la aku. kerisnanggroe@yahoo.com

Cuma apa yang aku nak cerita dalam entri kali ini, aku terkejut beruk bila dapat tahu salah seorang rakan sepermainan aku masa dalam kelas dulu dah kahwin. Dan dah ada anak seorang pon. Hoho. Rasa macam terlalu awal, sebab tu aku terkejut. Ye la, sekarang kan masa mengejar impian dan cita- cita. Fokus. Study gila babi. Stay up sampai subuh. (bohong kuat)

Kawan tersebut adalah seorang perempuan yang agak rapat la dengan aku dan sorang lagi kawan lelaki aku. Kira dalam kelas dulu kami tiga orang kamceng laa... Haha. Tapi anak dia comel gila,



Apa yang bestnya semua depa yang aku add dulu, takdak sorang pon yang ingat aku,. Aku ja yang ingat depa. Damn. Haha. Lawak, kuat betul ingatan aku kan.

Bila dah puas cari, bukan nak buat apa pon. Saja teringat kenangan sekolah rendah. Dan masa lapang sangat. Mungkin.

La ni aku tunggu kawan- kawan AXIS plak nak dapat anak. :)

Sunday, March 27, 2011

Cerita Bangun Subuh

Bangun subuh memang sinonim dengan budak- budak yang bersekolah asrama di seluruh Malaysia. Aktiviti ini juga adalah antara aktiviti yang sangat ditakuti oleh sesetengah golongan. Secara generalnya, golongan yang bangun subuh ni terbahagi kepada 3 golongan. Golongan pertama adalah golongan yang dikenali sebagai rajinnya mereka bangun subuh kerana takut terkurang pahala berjemaah akibat masbuk. Golongan ini juga adalah golongan yang selalu mengejutkan pelajar- pelajar lain untuk bangun subuh. Mereka inilah golongan yang tidak meninggalkan kopiah di kepala untuk bersolat Subuh. Dan sebahagian dari golongan ini sanggup bangun sejam awal dari waktu subuh untuk memasang kaset mengaji Quran di DM.

Golongan kedua adalah golongan yang bangun juga subuh tetapi lambat. Acapkali mereka ini didenda oleh warden atau BADAR atas kelambatan mereka. Lazimnya mereka ini adalah golongan- golongan yang dirasakan senior di asrama. Mereka ini juga adalah golongan yang selalu study sehingga awal pagi demi mencapai KPI akademik yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sambil study, mereka makan megi, membancuh nescafe tapi tidak minumnya, bersembang kisah suka duka bersama awek, dan lain- lain. Kelencongan melepak di bilik orang lain juga menyebabkan kerja sekolah lambat siap, kadang- kadang tergendala...

Golongan ketiga adalah mereka yang langsung tidak bangun subuh atau hanya solat subuh dinasour. Bagaimana mereka ini boleh terlepas dari pandangan mata warden? Mudah sahaja, bersembunyi di dalam langsir yang berwarna merah pekat. Kelihatannya mereka ini bersolat subuh di dalam bilik, beralaskan kain pelikat, sepuluh menet sebelum ke sekolah. Walaupun golongan pertama telah mengejutkan mereka dengan sepenuh tenaga, mereka tetap tidak berupaya untuk bangun mungkin kerana keletihan melampau pada siang hari. Alhamdulillah, mereka bersolat juga akhirnya..

Setelah kita mengenali golongan- golongan sasaran subuh, marilah kita mengenali pula lagenda- lagenda yang telah bersusah payah menjayakan program menggerak pelajar bangun subuh...

Lagenda pertama : Ustaz Suhaimi Ghani
Terkenal dengan berkopiah merah yang sama sepanjang 5 tahun dan kebolehan melesap dan muncul secara tiba- tiba, ustaz mengejutkan para pelajar dari katil dengan sangat pantas sekali. Seingat aku, beliau ada membawa rotan(bentuk apa aku tak ingat) untuk memberi tanda amaran csupaya para pelajar turun dari katil dengan cepat dan pantas. Seringkali surau akan penuh apabila muncul sosok lagenda ini.

Kalau golongan ketiga terkantoi, tidak turun subuh, pernah diadakan solat subuh perdana di tepi DM pada pukul 7 pagi.

Lagenda Kedua : Ustaz Shuhaimi Sudin
Seorang salafi yang sangat tegas, masa yang diberikan hanyalah sebelum jam 6 pagi untuk mengosongkan asrama. Beliau akan mengetuk tin biskut yang kosong, dan bunyinya amat mejengkelkan bagi sesiapa sahaja yang mendengarkannya. Selepas jam 6 pagi, pagar asrama akan dikunci. Walaupun pagar asrama dikunci, rekod menunjukkan Raja Hazman dan arwah Adham berjaya melompat keluar pagar tetapi kantoi dengan ustaz. Sesiapa yang tidak melepasi pagar selepas jam 6, akan didenda pumping dan namanya akan diambil.

Bagi mereka yang bersembunyi, roll call akan diadakan di surau sekolah. Pada masa itulah mereka yang bersembunyi di asrama akan terkantoi. Lazimnya, mereka ini akan didenda lari keliling sekolah dan diguide oleh ustaz dengan ex5nya. Kemudian masuk ke DM melalui pintu pelajar muslimat.

Lagenda ketiga: Abang Nasiruddin
Satu- satunya lagenda dari kalangan pelajar. Ketua BADAR sekolah paling berkaliber dan dihormati oleh junior dalam sejarah sekolah. Abang Nasir akan menggerakkan askar- askar subuhnya untuk bangun subuh. Beliau juga rajin mengetuk pintu3 bilik dengan sangat kuat. Caranya mudah sahaja, siapa yang lambat keluar dari pagar melebihi masa yang ditetapkan, akan dikenakan denda berupa tekan tubi sebanyak sepuluh kali.

Lagenda keempat: Sensei Sugandaran
Walaupun beliau tidak menganut Islam, tetapi kerana beliau percaya nilai- nilai baik dan disiplin solat dapat melancarkan perjalanan harian, maka beliau bersama dengan program ini. Aku sangat respek kepada beliau kerana beliau bangun awal dari orang Islam sendiri. Seringkali termalu kerana dikejutkan oleh beliau.

Inilah kisah lagenda dan pelajar. Inilah kisah mentor dan protege. Semoga mendapat iktibar, amin.

Thursday, March 3, 2011

Kita dan Perubahan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah blog post yang tertangguh haritu.

Perkara ni, bukan setakat aku seorang perasan. Aku yakin kawan- kawan jugak perasan. Iaitu perkara itulah berkaitan dengan perubahan.

Dunia berubah. Rejim zalim dijatuhkan dalam masa yang singkat. Anak kecik dah boleh berlari. Orang dah makan RFC bukan lagi KFC. Aku semakin hensem.

Kenapa perubahan boleh berlaku kepada individu? Perubahan boleh berlaku mungkin dengan hijrah tempat, masa, keadaan dll.

Persoalan bagi fitrah kita sebagai manusia, adakah perubahan kita membawa kepada kebaikan atau keburukan?

Kalau perubahan kepada kebaikan, alhamdulillah. Kalau kepada keburukan, 'auzubillah.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ ، وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

"Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat, dan setiap amal itu dengan apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Maka barang siapa hijrahnya kerana dunia (dia berhajat kepada hasilnya) atau perempuan yang ingin dikahwini, maka hijrahnya kerana apa yang diniatkan"(Riwayat Syaikhan)

Betapa pentingnya hadis ini, maka Imam Bukhari meletakkan hadis ini pertama sekali dalam shahihnya. Pada bab permulaan wahyu. Imam Nawawi turut memuatkan dalam Arbain-nya dan mengulas bahawa hadis ini adalah keseluruhan isi ajaran Islam. 
 
Kita belajar perkara- perkara besar dalam silibus akademik dan kehidupan seharian, rugilah kalau kita terlepas pandang perkara yang paling asas sekali.

Ibn Hajar mensyarahkan maksud hijrah dalam Fathul Bari, bahawa hijrah adalah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Panjang lagi ditulis dalam kitab Fath, tapi cukuplah aku cuba ulas apa yang telah diulas oleh Ibn Hajar..

Persoalan lebih khusus, sebagai seorang Muslim, adakah perubahan kita mendapat tempat di sisi Allah? Sebagaimana yang digariskan oleh ulama', amal mestilah kerana ikhlas dan mengikut sunnah. Kalau tidak cukup syarat keduanya ianya tertolak.

Balik kepada kita, kita mungkin berhijrah tempat setelah kita keluar dari bumi SBPIKP. Kita berhijrah ke UiTM, UIAM, KMPP, dll(tak larat tulis semua).
 
Dulu aku selalu sebut kat Mae, aku kalau tak dok kat sekolah ni aku taktau jadi apa kat aku. Maksud aku kalau tak dok kat sekolah yang macam SBPIKP, tobat lahum aku jadi tak tentu hala. Pasai takdak tarbiyah. Nasib baik suasana sekolah elok dan terjaga, maksiat tak banyak sangat. Tapi adakah sama suasana sekolah kita dengan bumi yang kita pijak harini???

Kita semua dah hijrah keluaq dari Bukit Kayu Hitam. Tinggaikan tok khatib masjid yang dah tua sangat dengan makcik snowcap kat sana.

Meskipun hijrah kita pada mulanya dimulakan niat ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, tetapi bila sampai di atas jalannya, kadang- kadang kita tersenget dan terpeleot. Kita rasa malas, putus asa, nak fail exam(padahal belum mula jawab lagi pun), suka ponteng kelas dll.

Termasuk juga godaan nafsu shahwat, wanita, dll.

Hati terkeluaq dari dada... Pelik aku..
Itulah kita, kerana dalam hati dada kita ada  taman iman. sifat iman di sisi Ahlus Sunnah, adalah iman yazid wa yanqus. Iman boleh bertambah dengan ketaatan dan berkurang kerana kemaksiatan.

Adakala, kita berada tinggi di atas mencapai langit, adakalanya kita jatuh tersungkur makan tanah di bawah.

Disebabkan maksiat yang kita lakukan, maka janganlah sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah. Rahmah Allah sangat luas kepada hambaNya. 

Setiap kali rebah tersungkur menghadap bumi, perbaharui niat. Istighfar.
 
Iman boleh berubah, bukan semestinya kita pi ambik satu lagi master ka pHD ka iman naik mencanak. Tapi iman berubah bila kita hijrah dengan meninggalkan larangan Allah.

Orang yang bijak, dia tahu muhasabah dirinya sendiri. Tak perlu aku buka aib kawan- kawan dalam post ini. Sendiri mau ingat bhai apa maksiat kita dah buat. Try check fb sendiri, tak payah sibuk stalk orang lain cari salah.
 
Kita ni takdak sapa kawan- kawan, melainkan insan yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Hassan Al Basri menyebut : "Wahai Manusia, kamu adalah hari- hari." Bila pi hari dari kita maka habislah masa yang kita ada. Kalau ada 60 tahun masa kita, sekarang 1/3 dah kita habiskan. Apa yang kita sediakan satu pertiga umoq kita untuk menghadap Allah? Tu kalau umoq 60. Kalau kurang lagi dari pada tu Allah tetap kat kita lagu mana? Kawan kita dah pi dah sorang. Kita pakat3 beringat.

"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla." (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya. Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Semoga Allah sentiasa memandu kita ke jalan yang lurus. 
 
Allah tahu yang terbaik.

9:52 AM, 4 Mac 2010.
Madinah Nabi SallaAllahu 'Alayh Wasallam.

Sunday, January 30, 2011

Revolusi Mesir dan Kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Keadaan di seluruh Mesir tegang sekarang. Siapa sahaja yang mengikuti berita pasti tahu apa yang berlaku. Lebih 150 orang terbunuh setakat ini.

Revolusi ini bermula dari api yang membara di Tunisia. Klik sini untuk mengetahui apa yang berlaku di Tunisia.

Mesir ada banyak persamaan dengan Tunisia- melalui keadaan ekonomi ,korupsi yang berleluasa dan sedikit kebebasan untuk rakyatnya meluahkan ketidak puasan hati kepada sistem politiknya. Presiden Hosni Mubarak, 82, sudah mempunyai monopoli kuasa yang sempurna, duduk dalam pejabat presiden selama tiga dekad dan akan dipilih semula pada musim luruh ini.
Protester tears poster of Hosni Mubarak  
Pada bulan Januari, beberapa kes kamikaze (untuk menggulingkan presiden) dilaporkan di Mesir, seolah- olah tindakan yang mirip dengan anak muda Tunisia, Mohamed Bouazizi, yang membakar diri sendiri dan mati pada 4 Januari, telah membuka mata sebahagian rakyat yang lain untuk menggulingkan Presiden Ben Ali.

Kemudian pada 25 Januari, kekecewaan yang dalam selama 30 tahun telah diluahkan di jalan- jalan sekitar Kaherah. Rakyat yang turun protes - kebanyakannya mengibarkan bendera Tunisia sama banyak dengan bendera Mesir - keluar dengan jumlah yang sangat besar. Pihak pembangkang mengutarakan supaya Presiden Mobarak meletak jawatan, menghentikan kemiskinan, rasuah, pengangguran dan gangguan polis.

Keadaan dah berubah pada hari ini. Aku mendapat berita bahawa Mobarak sudah tumbang di Alexandria. Bini dan anak presiden anjing yahudi ini telah melarikan diri ke London. Cuma Presiden masih bersembunyi di Ain Shams. Memberikan arahan dari jauh, merombak kabinet dan melantik timbalan yang baru. Rakyat tidak mahukan semua itu. Mereka tetap mahukan Mobarak turun dari tahta kuasa.

Jadi apa kaitannya dengan kita??? Kaitannya dengan kita, mereka adalah umat Islam Mesir secara umumnya memerlukan pembelaan kita. Secara khasnya, sahabat handai kita ramai yang ada di Mesir. Jadi bagaimana? Facebook dengan Twitter memang dah diblock di Mesir. Sebabnya Presiden Ben Ali jatuh dengan Revolusi Twitter.

Begitu juga dengan talian internet dan telefon sudah diputuskan di sesetengah tempat. Aku dah tak nampak kawan- kawan Mesir online lagi sekarang.

Revolusi memang memerlukan pengorbanan. Bak kata Ammar Atifie, hati dan jiwa kaum Arab sudah hancur oleh kemiskinan, pengangguran dan kemelesetan. Kemarahan masyarakat Timur Tengah sudah sampai ke puncaknya!!!!

Maka, berdoalah kepada kawan- kawan kita di Mesir supaya mereka selamat. Kita tak tahu keadaan mereka yang sebenar. Sesiapa yang ada no telefon depa cer la hello3. Pastu maklumkan dalam blog.

~AZHARI
~THALHAH
~NURUL NADIAH
~AINA
~DHUHA
~NAJIBAH RAMLI
~ADIY
~HASSAN
~ADIBA AMIRA

Jangan lupa juga titipkan doa kepada mereka yang berjuang untuk mengembalikan Islam di bumi Mesir, semoga keadilan kembali tercapai dari sana!

Klik link- link ini untuk tahu perkembangan terkini di Mesir dan negara- negara Timur Tengah:
Laman Web Rasmi Ikhwanul Muslimin
BBC Middle East
Al Jazeera Middle East


Asyraf Muiz,
Universiti Islam Madinah,
5:47 pm, 30 Januari 2011.

Tuesday, January 25, 2011

AXIS Family!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kita semua adalah sebuah keluarga yang besar, meliputi 160 adik- beradik tidak termasuk 'ibu bapa' kita, seharusnya kita semua menyedari dan mensyukuri nikmat dikurniakan ikatan ukhuwah.



Aku kira, dalam memelihara ikatan kekeluargaan ini, kita sama-sama boleh membimbing dan membetulkan melalui nukilan- nukilan dalam blog ini, insha Allah. Mungkin bukan saja melalui blog ini tetapi juga melalui interaksi seharian kita.

Kalian semua tak perlu tulis post dalam ini skema macam aku tulis, tak perlu. Aku tulis skema macam ni sebab ni memang style aku. Haha. Kau orang boleh rojakkan blog ini dengan gaya bahasa kau orang sendiri. Lets mix, Tuhan tak menciptakan dunia dengan satu warna sahaja, maka jangan risau untuk berbeza.

Blog ini dicipta khusus supaya kita sentiasa up to date dengan perkembangan masing- masing. Mungkin hampa boleh kata Facebook dah ada. Tapi ingat, status Facebook yang tak boleh melebihi 420 huruf sebenarnya tak cukup untuk mengekspresikan perasaan sebenar kita. Oleh itu, kita perlukan blog supaya lebih cool dan sempoi. Untuk setiap entri yang baru, tulislah nama sendiri di akhir post dan lokasi di mana anda update blog ini. 

Ceritalah apa saja di sekeliling anda. Kehidupan, kawan baru, masakan, sukan, kolej dan apa saja! Cerita juga kenangan masa lalu yang hampa masih terkenang sampai hari ni. Boleh juga import tulisan di blog hampa dan masukkan ke dalam sini.

Dalam perjalanan kita sebagai hamba, ilmu itu tidak akan pernah putus dan mati. We would constantly be seeking for knowledge. Kita bukan hanya tahu menggali lubang-lubang ilmu, tanpa kita membajanya, tanpa kita memberikan sebahagian apa yang tinggal pada kita, apalah sumbangan kita? Justeru, kita berkongsi. Berpaksikan akidah yang sama, berkompaskan iman, berkiblatkan Islam itu sendiri. Tambahan pula, kita adalah sebuah keluarga AXIS yang saling menyayangi.

Dalam sebuah riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda : "Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di mana hari yang tidak ada naungan(Hari Kiamat), antaranya : Dua oang lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah".

Semoga Allah redha dengan blog ini.
 
Asyraf Muiz,
Universiti Islam Madinah, 
7: 05 pm, 25 Januari 2010.

p/s; Kepada sesiapa yang belum dijemput jadi author/ writer blog ni, sila tinggal emel anda di ruang komen.