Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Friday, November 25, 2011

Cinta...



Apabila kamu mencintai seorang wanita dan meluahkan perasaan ikhlas kamu kepadanya tetapi ditolak, maka bersedih lah kamu kerana kamu telah kehilangan seorang wanita yang pernah kamu cintai, pada masa yang sama bergembiralah kerana kamu berpeluang mencari wanita lain yang lebih baik, dan kamu berpeluang untuk jatuh cinta sekali lagi dengan lebih professional.

Jauhi perempuan yang banyak dicintai oleh lelaki kerana kecantikannya, perempuan yang "mesra-mesra" dengan lelaki. Ada sebuah syair tentangnya.

واترك حبها من غير بغض *** وذاك لكثرة الشركاء فيه
واذا وقع الذباب على طعام *** رفعت يدي و نفسي تشتهيه
وتجتنب الأسد ورود الماء *** اذا رأت الكلاب ولغن فيه

Dan aku meninggalkan kecintaan kepadanya tanpa rasa marah ++
Dan ini kerana banyaknya lelaki2 yang mencampuri didalam cinta itu.

Dan apabila lalat itu telah hinggap pada sesuatu makanan ++
Maka aku mengangkat tanganku dan menahan diriku daripada menjamahnya.

Dan singa-singa itu menjauhi lopak-lopak air ++
Apabila ia telah melihat anjing2 yang telah menjilat-jilat di dalamnya(lopak air).

Perempuan jadi yang terbaik. Biar sombong dan jual mahal, kerana sifat perempuan itu baik baginya, tetapi buruk bagi lelaki.

Lelaki pilih perempuan yang tersimpan seperti mutiara, bukan perempuan yang indah tetapi hanya kaca.

Monday, October 24, 2011

Wahai Rakan2

Hahaha blog ini dulu meriah tau. La ni dah jadi suam2 kuku. Tak pun suhu bilik.

Oklah sebagai respons kepada entry Safuan sebelum ni, meh aku cerita pasal bebudak kita di Universiti Ainshams. Ok kat sini batch kita ada dua orang saja. Aku dengan Jib. Senior kita ada ramai jugak. Kak Amarlina (sila panggil Idrus sekarang), abang Azfar, kak Aidah (kot... ejaan dia macam ni ke?) dan kalau nak yang serata Kaherah tu lagi ramai la. Mesir ni banyak jugak warga SBPIKP. Cuma jarang jumpa sebab jauh la jugak. Eh mungkin aku saja kot yang jarang jumpa sebab aku tak suka keluar rumah. Aku lebih suka menjelajah menggunakan tingkap dan bersembang dengan orang di facebook, trak pun menulis blog.

Aku nak cerita apa sebenarnya pun aku tak tahu. Pointless betul setakat sebut nama orang yang dah tahu baik tak payah. Hehe. Sebab selalunya ceritaceriti aku letak dalam blog akulah. Tapi mengenangkan bukan aku saja yang menulis, dan banyak lagi penulis2 yang selalu ja online, misalnya Muiz yang telah menjadi Moez, Haziqah, Piah, Kamil, dan ramai lagilah (aku mention orang yang ada kat chatbox fb aku baru2 ni) so rasanya blog ni tak sepatutnya kosonglah.

Well maybe commenting at facebook is more fun than to read stuff in blog. But to know stories of friends, written by them, in their own way, that's a different thing. Ceritalah. Apa saja.

ini blog aku saja promot cepat follow dan LIKE okbai

Wednesday, October 5, 2011

weh weh weh

if ada kawan² yang free berjolijoli kat luaq nun, aku cadangkan updet kat sini pasai kos and universities kekawan yang len eh (buat list ka, etc)
nak taw apa perkembangan orang ramai, walaupun dah cuba terai kat grup fb axis, tapi aku susah skit nak ingat huhu

btw aku exam sem 3 next week, 13-18 oktober 2011, doakan ehhh

p/s: back then, u guys helped me a lot in my studies. so, dalam time bergelumang dengan buku² nie, tetiba terengat hampa² =)