Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Thursday, January 27, 2011

AXIS dimana? AXIS dimana-mana!

Suasana begitu damai dengan kabus pagi yang menyelup bumi, penuh dengan kedamaian di sekeliling persekitarannya. Terletak di atas sebuah kawasan bukit dipinggir Selangor. Dipayungi hutan dara yang menghijau. Bagai terlontar di sebuah resort percutian. Jauh dari kesesakan kotaraya, diapit bukit-bukau dan terletak di kawasan tinggi.
Persekitaran yang indah dan mempesonakan bagi tiap mata yang memandang. Pepohon hijau mengelilingi tanpa berkisar dalam arah, mengapit sekeliling, meredup dan mengindahkan kawasan sekitar. Bangunan-bangunan akademik tersergam indah dengan struktur binaan yang menarik diperbuat daripada  batu bata. Bunga seri pagi mekar dan tersebar melalui hamparan rumput hijau.
Dan...sememangnya UITM Shah Alam pusat pengajian yang damai bagi para pelajar yang ingin tumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Assalamualaikum rakan-rakan Axis skalian…ha, ada jugak tau budak2 Axis yg tersesat kat UITM Shah Alam ni..tp kat sini 3 org ja..2 pompuan dan 1 laki( aku la tu )…
kami ialah…
Aziz Harun- Asasi Undang-undang
Ashirah Mahadi- Asasi Undang-undang
Diyana Yusof- Asasi TESL






Inilah serba sedikit suasana di UITM Shah Alam ni..cantik tak?? Tak pun kan..haha, ni dah sem kedua kami..doakanlah kami berjaya iya! Sama-samalah kita berdoa agar mencapai cita-cita masing-masing...InsyaAllah.

Tak akan terganti setiap kenangan yang telah terukir, yang terlalu indah dan melekat di hati. Akankah berakhir semua rasa yang telah tercipta di dalam benakku? Akankah berakhir semua kisah yang tercipta? AXIS sentiasa mekar dihati setiap ahlinya...
Sekian...

5 comments:

Muiz Nasrallah said...[Reply to comment]

Lawanya uni depa...

bedil saja said...[Reply to comment]

ceyh,tobat gambaq google ja ni..
ang silap eja nama sorg budak ang aziz ooi..haha

Aziz Harun said...[Reply to comment]

tak kira la gmbq google ka apa..jnji tu uitm s.alam..eh ash ka tiang??

bedil saja said...[Reply to comment]

jgn dok garang sgt aziz ooi..
ash ang lap eja..asy laa..

bedil saja said...[Reply to comment]

jgn dok garang sgt aziz ooi..
ash ang lap eja..asy laa..