Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Thursday, February 17, 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi milik SBPIKP 2011

Salam to all ex-student of sbpikp especially AXISian...

Rasenyer ni first time kowt aku post kat blog nih, sebab sebelum ni xde idea nak tulis ape...hoho,

Okla, baru2 nih aku dengar sekolah lame kite dah dapat title SBT tuh...haha, tercapai gak idaman ayahanda yang dulu pernah menguar2kan yang SBPIKP boleh mendapat title nih...seingat aku, dulu nazir pernah datang kat sekolah kite buat pemantauan time nak bagi title sekolah kluster dulu...tapi, pastu senyap jer...hihi, x dapat la tuh.Tapi sekarang, nah amek ko...SBT terus dapat...ape barang men sekolah kluster dak..lol, bangga kowt aku dengar. 5 tahun duk situ, dah keluar sekolah baru nak dapat, x dapat la nak  rase anugerah tuh..dulu ayahanda cakap berapa ribu ntah dapat kalo dapat title SBT tuh?? aku pon daah lupe, tapi lantak arr..banyak jugak kowt..die nak wat ape pon aku xtaw la pasni...

Cakap pasal SBT, aku pon sebenarnya bukan taw sangat camna die pilih, dan berdasarkan usaha keras googling aku, dapat jugak aku taw syarat2 die...

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan' Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :
  1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);
  2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
  3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
  4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
  5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;
  6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;
  7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan
  8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.

 Aku xtaw la SBPIKP penuhi ke x semua syarat2 tuh...rasenyer ye la kowt...setahun lebih dah tinggal sekolah..lol
By the way, ni senarai sekolah yang baru dapat gelaran SBT untuk tahun 2011:
  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; 
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; 
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; 
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; 
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; 
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; 
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; 
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; 
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; 
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; 
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang 
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; 
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; 
  15. SK Convent Muar, Johor; 
  16. SK Seri Biram, Pahang; 
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; 
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; 
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; 
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu; 
  21. SK Jalan Tiga, Selangor; 
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang 
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.
Ramai jugak yang sebenarnya baru dapat title nih...STAR yang sekolah lame pown baru nak dapat...so, hebat jugak la sekolah kita kan??haha
So, harapan aku agar SBPIKP teruskan memelihara kecemerlangan yang telah kita kecapi sekarang, buat  junior2, kitorang harap kat korang la, jangan duk menjahanamkan sekolah plak..pecah makmal komputer ker, masuk bilik tv ikut siling ka, pecah masuk lab la, panjat tangki air la...haha, hangpa jangan duk buat sume benda nih ( p/s: kitorang je boleh )

Dan Tahniah kepada semua ex-student2 for giving such a huge contribution to our school and yeah the title is ours, muahahahahah

ok, i think that's all from me...keep up the good work and hope that we'll achieve success in whatever we do..

6 comments:

~The Mess of the World~ said...[Reply to comment]

muahahhaa....bleh kautim ngan ayahanda nih nak bwat reunion kat phuket

nurul nad said...[Reply to comment]

uish...mabruukk3~~~bangga aih...hehe

Anonymous said...[Reply to comment]

bangga jdik x-sbpikp...
mmg dari awal2 lagi dpt rasa aura skul kita nie sgt mBARA...hehehe
yg dah kuar pun leh tumpang bangga
p/s : den penoh manjat tangki tue, lpas abeh spm laa katakan...;D

rihaz razak said...[Reply to comment]

koje ko la din oii dok pecah2 ni...

arsal74 said...[Reply to comment]

Tahniah la kat SBPIKP terutama kat bebudak batch 2009 (AXIS la kowt) yang telah memantapkan kedudukan sekolah melalui keputusan SPM yang terbaik (SKPM kita bearsaskan keputusan SPM 2009 - dapat dok Band 1). Jadi kepada mereka yang dah 'menyumbang' kepada pencapaian yang terbaik tu, terima kasih... bolehlah kami baiki balik siling2 yg pecah akibat aktiviti korang dulu (termasuk cat semula tangki air & pagar semua sekali!) :-D

AiNuDdIn Kun said...[Reply to comment]

haha...kantoi di situ