Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Tuesday, January 25, 2011

TauBaT

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

alhamdulillah, dapat post kat blog yang 'gah' ni.. semoga dapat jadi peringatan buat diri yang lemah ini dan sahabat2 yang dikasihi semua.. mahapla kalu terskema skit ayat2 lam ni..

sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a, mafhumnya: "Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari. keadaan ini (penerimaan taubat) berterusan sehinggalah matahari terbit dari Barat (kiamat)." [Riwayat Muslim]

kita selalu dah dengar perkataan taubat ni kan. tapi, kita faham tak apa maksud taubat itu sebenarnya? bukan sekadar 'tau buat' tapi, makna sebenar yang membawa kita lebih mendekati Allah. dari segi pemahaman biasa kita, taubat itu di ertikan dengan penyesalan, berazam tak nak melakukannya lagi dan seumpamanya. di sini saya berikan pengertian taubat menurut imam al-Ghazali, " taubat merupakan satu tindakan hati. ia bermaksud tindakan yang dilakukan sebagai usaha pembersihan hati daripada segala maksiat yang menyebabkan hati terhijab daripada Allah.

mungkin jugak ada orang yang terfikir, yang nak bertaubat ni, mesti kena pergi masjid, pakai telekung, pakai kopiah, pakai baju melayu dulu, baru boleh bertaubat. sebenarnya tak.. pakaian tu tak melambangkan kita ni tak boleh bertaubat, malah, kita amat2 dituntut supaya sentiasa bertaubat kepada Allah. tak perlu tunggu hari jumaat, tak perlu tunggu bulan ramadhan,sekarang pun boleh bertaubat. antara nak dengan tak nak je..

seorang ulama' sufi Syeikh al Busyanji berkata: " taubat itu adalah apabila kamu mengenangkan dosa-dosamu, kemudian kamu tidak merasakan kemanisan ketika mengingatinya (akibat penyesalan thadap dosa2 itu), maka taubatmu adalah benar."
tiada siapa yang tenang selepas melakukan dosa. oleh itu, cena nak bangkitkan rasa ingin bertaubat? bagi yang dah biasa, tentu mudah untuk melakukannya, jika selalu muhasabah diri, pasti kita dah tahu apa kesalahan yang kita dah lakukan jadi, mudahlah untuk kita membangkitkan rasa ingin bertaubat.

selain tu, zikrul maut juga boleh membantu untuk membangkitkan rasa ingin bertaubat. macam mana? dengan mengingati mati itu sendiri iaitu, ingatan yg mendalam terhadap kematian dan kehidupan bersendirian di alam kubur. sebabnya mudah, kematian itu sendiri menyamatarafkan semua orang, tak kira yang kaya atau miskin, yang berkuasa atau hamba, semuanya, bila mati, masuk kubur juga. ia dapat menimbulkan rasa ingin bertaubat dalam hati2 org yang berdosa.

seterusnya, dengan mengingati nikmat dan azab yang Allah janjikan kepada hambaNya. kita semua tahu, bahawasa nya, Allah sekali2 tidak akan memungkiri janji-Nya. maka, balasan Allah kepada kita ada, cuma kita la penentunya sama ada hendak ke syurga atau ke neraka (nauzubillah).

akhir kalam, sama2 lah kita muhasabah diri, jadikan ini sebagai peringatan kepada diri kita sendiri dan orang sekeliling kita. jadilah manusia yang bermanfaat, dan bukannya sekadar menjadi 'lebihan dunia' yang tidak bermanfaat kepada org lain. INSYAALLAH... [^_^]

>> tazkirah harian majmuah 9(apids), akademi pengajian islam universiti malaya<<