Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Saturday, January 29, 2011

Selamat Tinggal Sekolah Menandakan Selamat Tinggal Sahabat?

Tak mahulah bicara panjang. Semoga kamu sihat selalulah. Rindu aku dengan kamu. Tak dapat lagi aku mencari pengganti kamu. Walaupun aku cuma watak kecil ja dalam sketsa kehidupan kita bersama tetapi aku tetap bangga kerana dapat berkongsi pentas dengan kamu. Kamu semua pasti akan menempa kejayaan yang lebih besar di dunia mahupun di akhirat. Itu doaku. Semoga jalan yang kamu pilih ini menjadi jalan yang lurus buat kamu. Andai kamu menempuh halangan , tempuhilah halangan itu dengan hati yang terbuka. Mungkin jalan yang kamu pilih bakal menghadiahkan sesuatu yang tidak enak, maka Allah membuka jalan yang baru buat kamu. Mungkin jalan itu nampak berliku tetapi siapa tahu di sepanjang perjalanan itu tersedia segala kemudahan untuk kamu.

Aku mungkin tidak penting pun dalam hidup kamu tetapi aku harap kamu tidak melupakan aku. Mungkin sebahagian daripada kamu tidak mengenali aku pun. Tidak mengapalah itu. Sekurang-kurangnya kenanglah aku sebagai rakan lamamu ataupun rakan sekolahmu suatu hari nanti. Aku mungkin tidak mampu berdiri semegah kamu, aku mungkin tidak dapat berhujah sepetah kamu bahkan aku mungkin tidak betah mengubah dunia seperti kamu tetapi aku mohon semoga kelak kamu masih mampu mengingati siapakah aku ini.

Tulisan ini mungkin tidak mencerminkan diriku ketika berhadapan dengan kamu. Mungkin kamu merasakan aku cuma seorang yang ambil mudah dengan setiap perkara. Tetapi terimalah bahawa jauh di lubuk hatiku aku selalu memikirkan kemungkinan-kemungkinan seperti ini. Kebenaran yang pahit di mana aku sedih memikirkan hubungan kita yang semakin menjauh. Aku takut kalau-kalau kamu sudah melupakan aku. Aku benci melihat hubungan yang terputus. Tapi itu semua ketentuan kan. Kamu pergi mengejar ilmu agar kelak dapat berjasa kepada agama bangsa dan negara. Dan sesungguhnya aku benar-benar berharap kalian dapat menjadi insan seperti itu.





kayun,
emotionally writing than rational

4 comments:

beyla dolica said...[Reply to comment]

yunyun melontarkan ayat2 puitis. apabila seorang bakal pendidik berbicara, wah! hahaha

hamba said...[Reply to comment]

yuyun....ak x kn lpakn anx..insyaAllah

Anonymous said...[Reply to comment]

sapa kta ang xpnting....klaw xdak ang,mmg x tkumpoi la duet batch....

Anonymous said...[Reply to comment]

YUYUN,DA BES~
kangen sama kamoo.. :)