Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Thursday, February 10, 2011

Forum 18++

Assalamualaikum dan hai
 
Semalam (10/2/2011), saya telah menghadiri sebuah forum yang bertajuk '18++' di Kompleks Angsana, UiTM P.Alam. Alhamdulillah, ia merupakan satu pengisian yang amat berguna dan memberi kesan yang sangat kepada saya. Semoga ia dapat menjadi peringatan dan mentarbiyyah kita. InsyaAllah.

Ingin saya kongsikan intipati yang saya peroleh bersama sahabat2 sekalian yang tak dapat menyertai forum ini.

"Forum 18++"

What is LOVE
or in Malay, CINTA?
Cinta ialah satu rahmat dan anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya.


Cinta merupakan sebahagian daripada nafsu. Nafsu pula terbahagi kepada 3 iaitu:
  • Nafsu makan
  • Nafsu seks
  • Nafsu Ego
Tanpa nafsu, manusia tak boleh survive. Ya, ini benar! Jika tidak, bolehkah kamu hidup tanpa nafsu makan? Sudah pasti kamu akan kurus kering dan boleh mati kelaparan. Tanpa nafsu seks? Bagaimana manusia akan berkembang dan membiak? Dan tanpa nafsu ego? Contohnya ada orang yang pukul atau melakukan sesuatu kepada kamu, masakan kamu akan merelakan orang tersebut memukul kamu tanpa kamu mempertahan diri? Renungkan.

Terdapat 3 perkara yang menyebabkan seseorang itu bercinta iaitu:
  • Kecantikan rupa paras; cantik, kacak, comel, etc
  • Kebaikan pasangan; contohnya seorang lelaki itu caring terhadap seorang perempuan. Lelaki! Sila jangan buat begitu melainkan kepada isteri anda. Sebabnya, perempuan memang mudah cair jika kamu berperlakuan sebegitu.
  • Kasih sayang; perasaan kasih dan sayang seorang lelaki kepada seorang perempuan dan vice versa.

Bercintalah kamu kerana Allah SWT dan cinta yang hakiki lagi kekal abadi hanya cinta kepada Allah SWT.


6 adab-adab pergaulan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan:

  1. Menundukkan pandangan
  • Menunduk pandangan/ menjaga penglihatan daripada melihat perkara-perkara yang haram (L&P)
  • Memelihara kehormatan diri (L&P)
  • Jangan memperlihat perhiasan diri (P)
  • Menutup belahan leher dan dada - melabuhkan tudung (P)
  • Jangan memperlihat kecantikan diri kecuali kepada lelaki-lelaki yang halal (P), tapi ingat tetap ada batasan aurat antara lelaki-lelaki yang halal kecuali suami.
(L&P) = Lelaki & Perempuan
(P) = Perempuan

Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. [AnNur 24: 30-31]

     2. Menutup aurat
     3. Ada pembatas antara lelaki dan perempuan; jarak jangan rapat.
    4. Tidak berdua-duaan; kerana ini boleh menimbulkan fitnah dan apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, yang ketiga ialah syaitan.
     5. Menjaga suara; suara perempuan ialah aurat, jangan melunakkan suara. Terdapat juga lelaki yang jatuh cinta kerana suara.
     6. Tidak menyentuh kaum yang berlainan jenis. HARAM!

Ingatlah, syaitan sentiasa ingin memperdaya umat Islam. Sesungguhnya musuh kamu yang paling nyata ialah syaitan.

Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan menyuruh supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui. [al-Baqarah 2:168-169]


Ber'couple' pada mulanya adalah harus namun terdapat 5 perkara yang menjadikannya haram:
  • Niat; niat yang tak baik
  • Aktiviti yang tak berfaedah; dating berdua-duaan, melepak-lepak, berbual-bual kosong, pandangan yang bernafsu terhadap pasangan, membonceng motosikal, etc
  • Coupling boleh menjatuhkan maruah diri terutamanya perempuan; perspektif buruk masyarakat terdapat perempuan apabila selalu bersama lelaki ajnabi
  • Membazirkan wang
  • Membuang masa

Konklusinya, cinta yang hakiki yang paling layak diterima oleh Allah SWT. Cinta sesama manusia hanyalah sekelumit daripada cinta kepada Allah SWT.

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). [al Baqarah 2: 165]

Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tak mungkin kamu dapat menghitungnya.

Saya manusia biasa dan tidak sempurna, mohon maaf andai terdapat kesalahan dalam penyampaian saya dalam entri ini. Buat makluman, segala isi-isi diatas adalah hasil perkongsian bersama ahli-ahli panel. Saya hanya pendengar dan mencatat isi-isi penting yang saya peroleh. 

Mari kita bersama-sama renungkan. Selamat beramal.

4 comments:

sHie is Me said...[Reply to comment]

byk sangat post pasal cintan cintun nie..
bt la post sal tips study ke...
info2 lain... hhuhu....

Ikhwan Addin said...[Reply to comment]

lol, ang x p ka form 18++ arituh?? =.="

Ikhwan Addin said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Aida Nabila said...[Reply to comment]

kalo spa dok IUAM, balajar arr pa yg ikhwan addin tukis tuh.. dalam subjek Basic Theme of AL-Quran(BTQ)..saja nak promote IUA..