Ini adalah blog post yang tertangguh haritu.
Perkara ni, bukan setakat aku seorang perasan. Aku yakin kawan- kawan jugak perasan. Iaitu perkara itulah berkaitan dengan perubahan.
Dunia berubah. Rejim zalim dijatuhkan dalam masa yang singkat. Anak kecik dah boleh berlari. Orang dah makan RFC bukan lagi KFC.
Kenapa perubahan boleh berlaku kepada individu? Perubahan boleh berlaku mungkin dengan hijrah tempat, masa, keadaan dll.
Persoalan bagi fitrah kita sebagai manusia, adakah perubahan kita membawa kepada kebaikan atau keburukan?
Kalau perubahan kepada kebaikan, alhamdulillah. Kalau kepada keburukan, 'auzubillah.
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ ، وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
"Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat, dan setiap amal itu dengan apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Maka barang siapa hijrahnya kerana dunia (dia berhajat kepada hasilnya) atau perempuan yang ingin dikahwini, maka hijrahnya kerana apa yang diniatkan"(Riwayat Syaikhan)
Betapa pentingnya hadis ini, maka Imam Bukhari meletakkan hadis ini pertama sekali dalam shahihnya. Pada bab permulaan wahyu. Imam Nawawi turut memuatkan dalam Arbain-nya dan mengulas bahawa hadis ini adalah keseluruhan isi ajaran Islam.
Kita belajar perkara- perkara besar dalam silibus akademik dan kehidupan seharian, rugilah kalau kita terlepas pandang perkara yang paling asas sekali.
Ibn Hajar mensyarahkan maksud hijrah dalam Fathul Bari, bahawa hijrah adalah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Panjang lagi ditulis dalam kitab Fath, tapi cukuplah aku cuba ulas apa yang telah diulas oleh Ibn Hajar..
Persoalan lebih khusus, sebagai seorang Muslim, adakah perubahan kita mendapat tempat di sisi Allah? Sebagaimana yang digariskan oleh ulama', amal mestilah kerana ikhlas dan mengikut sunnah. Kalau tidak cukup syarat keduanya ianya tertolak.
Balik kepada kita, kita mungkin berhijrah tempat setelah kita keluar dari bumi SBPIKP. Kita berhijrah ke UiTM, UIAM, KMPP, dll(tak larat tulis semua).
Dulu aku selalu sebut kat Mae, aku kalau tak dok kat sekolah ni aku taktau jadi apa kat aku. Maksud aku kalau tak dok kat sekolah yang macam SBPIKP, tobat lahum aku jadi tak tentu hala. Pasai takdak tarbiyah. Nasib baik suasana sekolah elok dan terjaga, maksiat tak banyak sangat. Tapi adakah sama suasana sekolah kita dengan bumi yang kita pijak harini???
Kita semua dah hijrah keluaq dari Bukit Kayu Hitam. Tinggaikan tok khatib masjid yang dah tua sangat dengan makcik snowcap kat sana.
Meskipun hijrah kita pada mulanya dimulakan niat ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, tetapi bila sampai di atas jalannya, kadang- kadang kita tersenget dan terpeleot. Kita rasa malas, putus asa, nak fail exam(padahal belum mula jawab lagi pun), suka ponteng kelas dll.
Termasuk juga godaan nafsu shahwat, wanita, dll.
Hati terkeluaq dari dada... Pelik aku.. |
Itulah kita, kerana dalam hati dada kita ada taman iman. sifat iman di sisi Ahlus Sunnah, adalah iman yazid wa yanqus. Iman boleh bertambah dengan ketaatan dan berkurang kerana kemaksiatan.
Adakala, kita berada tinggi di atas mencapai langit, adakalanya kita jatuh tersungkur makan tanah di bawah.
Disebabkan maksiat yang kita lakukan, maka janganlah sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah. Rahmah Allah sangat luas kepada hambaNya.
Setiap kali rebah tersungkur menghadap bumi, perbaharui niat. Istighfar.
Iman boleh berubah, bukan semestinya kita pi ambik satu lagi master ka pHD ka iman naik mencanak. Tapi iman berubah bila kita hijrah dengan meninggalkan larangan Allah.
Orang yang bijak, dia tahu muhasabah dirinya sendiri. Tak perlu aku buka aib kawan- kawan dalam post ini. Sendiri mau ingat bhai apa maksiat kita dah buat. Try check fb sendiri, tak payah sibuk stalk orang lain cari salah.
Kita ni takdak sapa kawan- kawan, melainkan insan yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Hassan Al Basri menyebut : "Wahai Manusia, kamu adalah hari- hari." Bila pi hari dari kita maka habislah masa yang kita ada. Kalau ada 60 tahun masa kita, sekarang 1/3 dah kita habiskan. Apa yang kita sediakan satu pertiga umoq kita untuk menghadap Allah? Tu kalau umoq 60. Kalau kurang lagi dari pada tu Allah tetap kat kita lagu mana? Kawan kita dah pi dah sorang. Kita pakat3 beringat.
"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla." (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya. Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)
Semoga Allah sentiasa memandu kita ke jalan yang lurus.
Allah tahu yang terbaik.
9:52 AM, 4 Mac 2010.
Madinah Nabi SallaAllahu 'Alayh Wasallam.
3 comments:
thx muiz..aku terasa tang ponteng kelas tu..specificnya aku
aku tak sebut nama haneii yusra pon..
tapi aku terasa...HAHAH..x kesah..
Post a Comment