Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Monday, April 18, 2011

Doa Berlumba dan Berlaga

nota : bukan cerita pasal doa untuk dibaca sebelum berlumba atau ketika berlanggaran dengan sesuatu.

andainya
kamu mahu sesuatu yang betul-betul kamu mahu
dan tiada yang lebih tahu betapa kamu mahu melainkan tuhanlah juga

lalu tangan kamu dihulur kepada tuhan
mintakan pohonkan segala yang kamu mahu

jika kamu andainya seorang anak yang cemerlang bistari
mahu terbang tinggi-tinggi menyeberang laut merentas negeri
tetapi ayah ibu berat berjauhan untuk kamu meninggalkan
mahu kamu selamat sejahtera dilindung dipayung ada berdekatan

atau kamu andainya mahukan dia yang kamu cinta
kamu tulus berdoa agar tuhan jadikan kamu pengantin dia
namun dia juga ada menyimpan suka untuk orang yang bukan kamu
dalam diam meminta tuhan menyatukan dia dengan orang itu


atau kamu andainya ada sahabat mahu pergi jauh
dan tidak kamu sudikan perpisahan yang bakal ditempuh
lepaskan saja atau ikat dia dengan doa kamu
kerana sungguh ada sayang dalam hati itu

bila doa berlumba dan berlaga
tatkala merentas langit dan dunia
menuju tuhan yang almujiib dengan segala pinta


aku meminta dan kamu meminta
dia meminta mereka meminta
semua meminta dan tuhan jugalah yang menentu segala

 p/s :: kadang2 hati manusia bersimpang sesama sendiri. tapi tuhan lebih tahu.