Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Saturday, July 9, 2011

Gegar 2011

Assalamualaikum dan hai.

Pada 7-9 Julai 2011, alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (Oxsika) telah pon mengadakan program GEGAR yang dikendalikan oleh Oxsika 08. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada jam 3.30 ptg 7 Julai hingga jam 1.00 tgh hari 9 Julai.

Dan tahniah kepada Oxsika 09 (Axis) kerana telah berjaya menghantar wakil bagi turut menjayakan program ini. Antara yang hadir ialah Basil, Bedil, Piwat, Lomi dan Wanud. Dan 3 orang daripada mereka turut terlibat sbgai fasilitator dan speaker kepada batch Extesso (SPM 2011).

Pihak sekolah juga telah bersetuju untuk menjadi program Gegar sebagai program tahunan skolah, dan bantuan kewangan juga akan diberikan. Selain itu, pihak sekolah meminta agar program ini melibatkan kesemua pelajar daripada form 1- form 5. Oleh itu, fasilitator diperlukan dalam kuantiti yang banyak.

Dalam masa yang sama juga, reunion besar-besaran OXSIKA telah diadakan walaupon x lah besar mana. Dan bagi tahun 2012, OXSIKA telah pon menyerahkan tanggungjawab mengendalikan program GEGAR kepada batch anda! ya, batch anda. Axis / Oxsika 09. Tahniah.

Berikut adalah diantara nasihat dan saranan mereka ::

  1. Konfemkan tarikh seawal mungkin, supaya nnti tak kalut dan tiada perubahan tarikh,
  2. Adakan program pada awal tahun.
  3. Director program tidak terlibat dengan sebarang speech, beliau hanya perlu memantau perjalanan program.
  4. Ajk yang telah dilantik perlu hadir dan tidak boleh menarik diri pada saat2 akhir.
  5. Modul yang akan dilakukan perlulah dibincang dan difahami sebulan sebelum program diadakan.
  6. x ingat....
Dan tahniah kepada kumpulan Khairan kerana berjaya menjadi juara Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan. Mantap tuuu~

Adios,