Tergerak pula hati ni nak menulis di blog famili AXIS. Kalian semua apa khabar? Lama ye tak jumpa. Ramai juga yang tak habis-habis nak buat reunion. Rindu sangat kot... Bila tiba masa yang sesuai, kita jumpa ye. Kalau nak feel lagi, waktu reunion nanti pakai baju sekolah. Hihi...
Berapa lama kita dah terpisah ni? Setahun? Setahun lebih? Lama jugak tu. Tapi aku still ingat kalian. Kalau yang perempuan tu sekadar cam muka jela. Nama memang tak ingat. Yang lelaki pulak, aku ingat semua kot. Dalam bas pun aku still boleh cam kalian. Cumanya takleh la nak tegur. Ini bas Rapid KL bukan bas HBR. Mana ada tingkap yang terbuka nak jerit-jerit panggil nama, hihi. Gurau je ok.
Menitis air mataku
Hilangnya sahabat sejati
Yang riang dikau ku merinduPersahabatan abadi
Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkanPerlukah engkau melupakankuPerlukah ada rasa kesangsianPerlukah ada rasa rindu
Perlukah -- Forheart
Ini entri pertama aku dalam blog ni. Pada mulanya aku takut jugak kalau-kalau ada yang tak suka aku. Yeah jujur ni. Buat apa nak malu dengan kawan-kawan yang kita percaya ye tak? Kawan-kawan yang dah jadi sebahagian dari hidup kita. Bukan bodek ye. Terkeluar sendiri dari hati...
Ramai kot dah tahu apa yang jadi kat aku ni. Doa-doa la yang baik-baik sahaja ok. Yang mana tak dijemput tu jangan terasa hati. Jangan simpan dalam hati ok. Aku malas nak bercerita apa yang jadi. Anggap la takdak apa yang jadi. Boleh? Hihi...
Ingat lagi gambar tu? Semuanya tersenyum gembira. Perut dah penuh, hadiah dah dapat, mestilah gembira ye tak? Sori la ye buat insan yang dapat hadiah dari aku -- hadiah entah pape...
Sori jugak ye sebab dalam facebook pun aku jarang kot tegur-tegur kalian. Bukan sebab ada kawan baru. Tapi segan. Lepas apa yang jadi tu, rasa takut pulak nak tegur. Nanti ada pulak yang marah. Tak pasal-pasal renggang pulak.
Sampai situ dulu kot yang aku nak tulis. Ada lagi ni nak cerita, tapi masa tak izinkan. Ni pun curi masa sat, esok dah la ada test fizik. Semua tau kan stadi lani bukan macam kat sekolah dulu. Sapa rajin, dia dapat. Aku terpaksa je ni sebab result teruk masa semester satu dulu. Ada apa-apa yang buat kalian terasa hati ke apa ke, aku mintak maaf ye. Semoga persahabatan kita ni kekal. Bukan kekal kat facebook tu. Biarlah ianya berbunga-bunga dalam hati tu haha...
Aku publish ni ye. Thanks to Muiz sebab bagi aku tulis dalam ni. Assalamualaikum.
7 comments:
Aku still suka hang. Tapi hang tak jemput aku, tak boleh!
don wori..pa2 pn,,kta kwn.
:))
ang kenal aku tak..hai aku kayun..HOHOHO
afiq... lalala aku suka hang.. haa takut x? =p=p
batch kita 159 kan? nnti reunion jadi 161.. haha gurau ajer
hahahha..nk tules pown dok rasa bsalah..
ang dok wat sedih apa afiq ooii..ngada2 doeeee~
rilek sudaa...
Post a Comment