Selamat Datang ke blog rasmi AXIS =)Association of Excellent Integrated Students SBPI Kubang Pasu
Anda dijemput menjadi pengarang!

Sesiapa yang ingin menulis dalam blog ini, sila hantar emel anda di sini : klik sini.

Wednesday, April 13, 2011

sekadar peringatan

Assalamualaikum.

sekadar peringatan buat kita.
apa yang aku dapat selepas menonton Phase 3 (part 18)

Laut sebagai contoh
Jika laut adalah kebenaran mutlak
yang kita ada hanyalah satu cawan untuk diisi
itulah kemampuan kita.

Jadi tidak kira berapa banyak kita isi cawan  kita
ia tetap menjadi jumlah yang terhad dari laut.

Sekarang bayangkan bagaimana semua orang di seluruh dunia
bergaduh tentang cawan siapa yang paling bagus
dan mengapa cawannya adalah pandangan yang paling betul
Tentang laut.

Sedangkan kenyataannya, Tiada satu pun dari kita
Yang memiliki satu laut dalam cawan kita.

Memang, sesetengah orang mungkin lebih tepat dari yang lain
dan sesetengah lagi mungkin telah menambah racun luaran
ke dalam cawan mereka
tetapi tetap tidak ada yang memiliki kebenaran penuh
dan inilah sebabnya mengapa ia sangat PENTING
" Untuk mengisi cawan kamu sendiri "

Sementara memahami dan memerima kenyataan
bahawa orang lain memiliki cawan yang berbeza
yang berasal dari laut yang sama.

Dan penilaian adalah dengan Tuhan.

Setiap manusia telah diciptakan dengan mentaliti yang berbeza
ini membolehkan kita untuk membina
PANDANGAN
TUJUAN
PEMAHAMAN yang berbeza.
kerana terdapat hikmah disebalik intelek yang berbeza ini.

Jadi mengapa begitu banyak dari kita begitu tekad
untuk mencipta hanya satu jenis atau hanya satu cara pemikiran?
mengapa kita terus memerangi orang yang tidak bersetuju dengan kita?
dari bergaduh tentang perbezaan kita
kita sebaliknya harus membiarkan agama kita
untuk mengeluarkan yang terbaik dari kita.


Ia bermula dengan diri kita sendiri
untuk memperbaiki dunia kita, kita seharusnya belajar untuk
memperbaiki Keadaan kita, Sikap kita, Perbuatan kita
untuk melakukannya secara efektif

Seseorang harus belajar untuk jujur dengan dirinya sendiri
dalam harapan mengenali niat kita sendiri
dan berusaha untuk mengikhlaskannya
kerana kita akan dinilai berdasarkan tujuan dan niat kita

Jadi kita harus memahami kekuatan kita
dan belajar untuk menguasainya.





Dalam hadits Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam bersabda,





تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا كِتَابُ اللهِ وَسُنَّتِي 





“Saya tinggalkan pada kalian dua perkara, yang kalian tidak akan sesat di belakang keduanya, (iaitu) kitab Allah dan Sunnahku.” 


(HR. Malik dan Al-Hakim dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Al-Misykah ) 




sekadar renungan buat diri yang hina ini.
InsyaAllah, lepas ney sama-samalah memperbaiki diri sendiri.





2 comments:

yui said...[Reply to comment]

agreed... hari ni perbezaan pendapat dah jadi makin dahsyat...dalam sesama islam pun ramai yg bmusuhan... jangan kata syiah ngn sunni.. ssama sunni pun jenuh bergadoh...

hassansalleh said...[Reply to comment]

aah. sangat pening dengan dunia sekarang. mana betol, mana salah. semua dah bercampur.

Yui: pasni amik pengajian islam jom.

dan inilah sebabnya mengapa ia sangat PENTING
" Untuk mengisi cawan kamu sendiri "
:)