nescaya aku tak akan takut
sebelum memilih jalan
boleh tekan 'SAVE'.
Andai terkandas di mana-mana
atau ada musuh yang tak tertumpaskan
atau tersalah pilih jalan
boleh 'LOAD' pada bila-bila.
Bila saja aku bosan
aku tutup dan mainkan kemudian
Bila terasa mahu teruskan
cuma buka semula dan jalan
Benci aku dengan teka-teki
layari internet dan cari 'GUIDE'
andai tak memadai
tekan enter masukkan 'CHEAT CODE'
Bila 'HIGH SCORE' terpadam
aku peduli apa
mainkan semula
mudah sahaja
Biar mati seribu kali
'GAME OVER' tertera
'NEW GAME' ditanya
mudah
Bertanding dengan rakan-rakan
siapa lebih juara
apa mungkin hati akan terluka
bila tertumpas di tangan mereka
Sayang, hidup ini bukan video game
Jalan ada seribu liku
Pilih sebelum mati peluang cuma satu
...apabila di hati tercalit rasa sesal dan iri. Apa boleh 'LOAD'?
supaya tak tercalar diri, oleh cakar tajam milik sendiri?...
okies abaikan saja yeah padan muka aku post benda tak besz .... sapa suruh entry sebelum ni tak syarah bagi aku faham? lalalaa
1 comments:
Post anda best lah... ^^
Post a Comment